Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Pergerakan Pandu Puteri adalah satu pergerakan yang istimewa kepada kaum wanita. Ini disebabkan pergerakan pandu puteri ditubuhkan dengan peringkat umur yang menyertainya. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai unit seperti Tunas Puteri, Pandu Puteri, Renjer, Kadet dan Guild Trefoil. Setiap unit mempunyai latihan yang tersendiri. Latihan yang disusun telah memberi aspek yang tertentu sesuai dengan umur ahli, matlamat dan gabungan pendidikan dalam negara itu.

A) Tunas Puteri 
Asalnya unit ini dikenali sebagai Brownie. Kumpulan Brownie ini dikenali Pek. Pek Brownie yang oertama ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1920. Pada tahun 1984 Pandu Puteri Malaysia Kuala Lumpur menukarkan nama Brownie kepada Tunas Puteri.
      Tunas Puteri merupakan unit pertama yang boleh diceburi oleh seseorang pelajar yang berumur 7-11 tahun.  Perkataan 'Tunas' bermaksud pucuk yang mula tumbuh yang bakal menjadi sebatang pokok yang berbuah manakala perkataan 'Puteri' membawa erti seorang gadis bangsawan yang lemah lembut dan mempunyai sifat-sifat yang mulia. 

B) Pandu Puteri 
Unit kedua yang boleh disertai oleh seseorang pelajar yang meningkat umur 11 tahun dan layak masuk Ujian Pandu Puteri. Tauliah dan Lencana Pandu Puteri Diraja merupakan anugerah tertinggiyang boleh dicapai oleh seseorang Pandu Puteri berdasarkan kriteria tersendiri. Seseorang calon Pandu Puteri Raja dapat memasuki Ujian Kelas Satu sebelum berumur 17 tahun. 

C) Renjer 
Wajar disertai oleh ahli pandu puteri yang berumur 15 tahun. Unit ini menyediakan Latihan Unit Renjer yang bertujuan untuk memberi semangat mengembara melalui aktiviti luar yang berkesan. 

D) Kadet
Satu unit untuk melatih bakal-bakal pemimpin. Kebiasaannya unit ini ditubuhkan di Maktab Perguruan dan Universiti Kadet ini menerima latihan pandu puteri & diajar untuk meggerakkan kumpulan Tunas Puteri/ Pandu Puteri bertujuan menarik lebih ramai pelajar sekolah untuk menjadi pandu puteri. 

E) Guild Trefoil 
Satu unit yang baru dalam persaudaraan pandu puteri.
-Ditubuhkan pada Mac 6, 1982. 
-Membuka peluang kepada ahli yang berumur 17 tahun ke atas anggotanya. 
 -Sesuai dengan semangat kepanduan, "sekali menjadi ahli pandu puteri tetap sebagai pandu puteri"

No comments:

Post a Comment