Teknik mengurangkan gemuruh tatkala berucap



1. Berdoa diberi kejayaan dan ketenangan ketika berucap.
2. Tarik nafas dalam-dalam bagi mengurangkan ketegangan pada tubuh. Langkah ini dapat mengurangkan rasa gugup apabila berhadapan dengan orang ramai.
3. Anggap khalayak sebagai rakan dan jangan terlalu risau dengan jumlah hadirin yang ramai.
4. Pada peringkat awal, elakkan memandang mata audiens sebaliknya pandanglah ke arah aras kepala setiap orang seolah-olah kamu melihat mereka.
5. Datang lebih awal ke tempat kamu berucap supaya kamu dapat mengenali dan menguasai lokasi terbabit. Dekati hadirin kamu dan berbual dengan mereka kerna psikologinya ia memberi keyakinan apabila kamu mula berucap.
6. Selepas separuh berucap, pandang mata khalayak dengan mesra dan yang melemparkan senyuman kepada kamu ataupun yang mengangguk kerna dengan cara itu kamu tidak rasa tertekan berbanding melihat wajah yang serius.
7. Yakinkan diri yang kamu akan berjaya dan bersikap positif. Khalayak sebenarnya tidak mahu melihat kamu gementar ataupun takut kerna mereka mahu mendengar ucapan umum yang baik dan berimformasi.
8. Elakkan daripada memegang kertas kerna apabila kamu gementar ia akan kelihatan terketar-ketar dan ini akan menambahkan perasaan tertekan.
9. Cuba hafal ucapan minit-minit awal supaya kamu kelihatan yakin berada di hadapan.
10. Melemparkan soalan kepada hadirin.
11. Buat persediaan yang cukup kerana kajian mendapati kurangnya persiapan membuatkan kamu lebih gementar.
12. Dapatlan data statistik maklumat dan contoh yang sesuai supaya kamu dilihat 10 langkah di hadapan berbanding khalayak.
13. Berlatih dan terus berlatih membuatkan kamu lebih bersedia. Sekiranya tidak mahu bercakap di hadapan rakan, gunakan cermin sebagai langkah berlatih.
14.  Buat permulaan berdiri di belakang podium atau rostrum akan membunuh rasa takut dan gementar tetapi kawal bahasa badan dengan tidah berpegang kpd rostrum berkenaan.
15. Berjalan di tengah khalayak ramai apabila sudah mendapat keyakinan. Dengan cara ini, kamu sebenarnya sudah menjalin hubungan dengan mereka.
16. Ketahui khalayak kamu sebelum naik ke pentas kerana ia dapat menyesuaikan kamu dengan bahan ucapan, menyediakan jenaka dan sebagainya.
17. Jangkakan soalan kerna kamu akan bersiap sedia dengan jawapannya apabila soalan-soalan itu ditanya.
18. Jangan beritahu khalayak ketakutan kamu kerna mereka tidak akan tahu sekiranya kamu tidak menunjukkan dengan perbuatan.
19. Elakkan drpd menghafal seluruh isi kandungan dan ayat utama dalam teks ucapan kamu kerna ia lebih memberi tekanan.
20. Bercakap dgn perlahan kerna apabila berucap dgn pantas ia seolah-olah memperlihatkan kamu mahu segera menghabiskan ucapan selain memburukkan keadaan.


Cetusan idea daripada:
Novel 'Akukah Cinderella Itu"
karya Lily Haslina Nasir

No comments:

Post a Comment