Titipkan surat kerinduan ini kepadanya, Tuhan :((



11 August 2013


Kejadian April 15, 2012 masih terapung-apung di kepalaku.
Kejadian pertama yang menikamku bertubi-tubi. 
Tidak dapat aku lupakan kejadian itu sehingga kini.
Tuhan sahaja yang tahu.

Wahai Tuhan,
Akhirnya Aku berjaya menangkap tujuan sebenar Engkau.
Kerana Aku tahu betapa engkau cintakan dan sayangi dia.
Kerana itulah Engkau mengambilnya ke atas sana.
Sungguh aku benar-benar harus mengetahui titik itu.

Tuhan,
Hanya Engkau sahaja yang memahami isi hati ini,
Sungguh aku tidak layak untuk membantah sepatah pun,
Kerana sesungguhnya Engkau Sang Pencipta segalanya,
Segalanya yang ada di bumi dan dunia ini,
termasuk aku. 

Sejujurnya,
Memang sukar untuk aku mengaku kepergian dia,
Sungguh ia menyiksa aku,
Sedih, sebak, pilu, semuanya!
Namun apakan daya,
Walau tangisan darah menitis bercurah-curah,
Walau pelbagai usaha yang dilakukan,
Yang pergi takkan kembali.

Sayangku,
Inikah yang dikatakan teman sejati?
Adakah perasaan membohongiku?
Apakah semua ini mimpi semata-mata?
Kenapa harus berlaku? Kenapa?
Ujian.
Satu perkataan seribu makna.
Ya, ujian.

Duhai Sahabat,
Tidak akan ku lupa wajah sucimu,
Tidak akan terpadam kenangan kita bersama,
Tidak akan terputus doaku kepadamu,
Moga tenang dirimu di sana,
Langit ini mewakilimu bagiku.

Mahukah kau tahu satu rahsiaku?
Sebenarnya..... Aku merinduimu.
Dari lubuk hatiku yang paling dalam,
Tidak dinafikan.
Titisan air mata ini tidak bermakna lagi,
Pergi tetap pergi.
Ya, aku tahu.

Namun, kau perlu ingat.
Ikatan persahabatan ini akan tetap menyinari sejarah kita,
bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Tuhan,
Titipkan salam dan doaku kepada dia.
Sahabat sejatiku, penghibur saat suka dan duka.
Selamat Hari Lahir ke-14 :')
xoxo,
HfshAfndi
cc: Allahyarham Ammar Haziq




No comments:

Post a Comment