Kerana hidup bukan sekadar untuk bernafas-


Life. Distances. Memories. Worries. Feelings.
 

Bad things happen in life to teach us how to look at good things in a whole new light







Persis malunya pena yang tak menulis
Malunya hujan yang tak membasah
Malunya panas yang tak membakar 
Juga sejuk yang tak membeku

Yakni aku percaya "Allah will give you more than you expect". Ini kalilah aku merasakan bahawa hidupku benar-benar hidup. Kengkadang aku lelah dan kian bangkit menyahut seruan Ilahi tatkala aku sedar aku belum di Syurga-Nya lagi, maka kerjaku belum selesai. Bingkisan kata bapa Almarhum Ahmad Ammar Ahmad Azam masih menerawang di fikiranku, membuka mataku dan menyedari suatu hakikat, Jadilah pejuang ummatik. Esok menjelang hari baru. Tanam sahaja di jiwa raga, air laut yang masin terangkat ke langit tinggi membentuk wap, berubah menjadi awan hitam, kemudian kembali ke bumi berbentuk air hujan yang manis dan bersih. Bawalah hatimu ke langit tinggi dan lihatlah apa yang akan kembali. Lakarkan harimu dengan aforisme Ibnu Qayyim al-Jauziyah.

Tatkala kelopak dunia kian merendah, aku mekar dalam langkah. Bersama serak warna Ramadhan yang kian menerpa tapak dunia. 
Menangislah. Moga terhakis kerak-kerak dosa. Mengadulah. Moga lebur tembok-tembok ego dan bangga diri. Sahabat, jika seseorang tetap tabah menghadapi kepahitan hidup yang hanya dalam waktu singkat, maka ia akan peroleh kebahagiaan dalam waktu yang panjang - (Thariq bin Ziad) kerana hidup manusia hanya dibezakan melalui cara mencintai Tuhanmu. Seringkali, saat melihat pagi mencorak langit, nostalgia yang semakin galak membentuk riak akan tidak menafikan sekuntum coretan pena yang disisipkan oleh sahabat tumblr sedemikian rupa,


Ada manusia, 
dibentuk dari bahagia

Ada manusia,
dibentuk dari kecewa dan luka

Ada manusia,
dibentuk dari patah hati

Ada manusia yang dibentuk dari nikmat,
dan ada pula manusia yang dipilih untuk dibentuk dari ujian

dan Allah lah yang akan memilihkan,
apa yang dia inginkan untuk manusia itu 


xoxo,
HfshAfndi
Salam cinta dari bumi positiviti

No comments:

Post a Comment