PBS Tingkatan 1 2012

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pendekatan pentaksiran bersifat holistik yang menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).


PBS- Akademik dan Bukan Akademik 

Akademik
-Pentaksiran pusat 
-Pentaksiran sekolah

Bukan Akademik
-Pentaksiran psikometrik: Mengukur kebolehan semulajadi dan kebolehan yang diperoleh drpd pengalaman & persekitaran.
-PAJSK: Mengukur dan menilai perkembangan fiikal dan penjagaan kesihatan murid. 

PBS- Pendekatan Pentaksiran

Rujukan Norma- Menggunakan skema pemarkahan (A/ B/C | 1/2/3)
Rujukan Kriteria- Melihat apa yang telah disempurnakan oleh murid
Rujukan Standard- Merujuk kepada setiap Evidence 

PBS- Pendekatan terhadap sekolah

-Menggunakan rujukan Standard 
-Melihat perkembangan murid
-Ada Evidence murid
-Ada Evidence bahan (Foto, laporan etc) 
-Berdasarkan diskriptor dan bahan 

PBS- Gabungan Band, Standard, Diskriptor, Evidence murid, Evidence bahan, Instrumen

PBS- Kerangka Standard Prestasi

Band 1- Tahu 
Band 2- Tahu + Faham 
Band 3- Tahu + Faham + Boleh buat
Band 4- Tahu + Faham + Boleh buat dengan beradab 
Band 5- Tahu + Faham + Boleh buat dengan beradab terpuji
Band 6- Tahu + Faham + Boleh buat dengan beradab mithali

PBS- Ukuran Band 1-6 

Standard- Pernyataan generik/ umum tentang tahap pertumbuhan/ perkembangan pembelajaran.
Diskriptor- Pernyataan tentang APA murid tahu dan boleh buat (mata pelajaran).
Evidence- Pernyataan tentang BAGAIMANA murid menunjukkan apa yang dia tahu & boleh buat.

PBS- Prinsip Pentaksiran Pusat

-Format & Tugasan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan 
-Tugasan berbeza setiap tahun
-Dilaksana di sekolah
-Tempoh pelaksanaan ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan 
-Ditaksir oleh guru mata pelajaran
-Skor berdasarkan rubrik yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan
-Pemantauan dan penyelarasan bagi penjaminan kualiti & standard 
-Pelaporan (berdasarkan skor yang diperoleh)

2 comments:

  1. Nanti saya kena PBS la >< sedih. haha

    ReplyDelete
  2. For my suggestion to Faqihah:

    -Always make preparation for the next subject because the teachers might do PBS intentionally. But for some schools such as MRSM etc. dieorang kurang pendedahan to PBS and cikgu pun boleh buat exam jugak :)

    ReplyDelete