Kebijaksanaan vs Kecerdasan


Orang menganggap bahawa kecerdasan dan kebijaksanaan itu merupakan aspek yang sama namun hakikatnya setiap orang dapat memiliki kecerdasan tetapi kebijaksanaan hanya dimiliki oleh orang-orang yang beriman. Seseorang yang menjadi hamba hawa nafsunya tidak dapat mengisi hatinya dengan mengingati Allah, maka dengan segera golongan ini kehilangan kebijaksanaannya sebagaimana dalam surah Al-Hashr 59:14;



59:14

Malay
(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka)

Seseorang memperoleh kebijaksanaannya ketika dia mematuhi kesedarannya yang memberinya cara untuk menghalangi sisi jahat daripada diambil alih dari jiwanya. Kecerdasan merupakan fungsi otak semata namun, kebijaksanaan ada di dalam hati juga dan orang yang tanpa kebijaksanaan (kurang pemahaman) kerana hatinya terkunci sebagaimana dalam surah Al-A'raf 7:179;


7:179


Malay
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Setiap orang memiliki IQ tetap sebaliknya, kebijaksanaan dapat meningkat dan menurun bergantung pada penguatan jiwa dan rasa takut kepada Allah (taqwa). Ingatlah, hanya orang yang beriman dan percaya akan dalil-dalil Allah akan mendapat kepuasan hati yang sebenar-benarnya sebagaimana dalam surah Ar-Ra'd 13:28;



13:28


Malay
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.



No comments:

Post a Comment